Petang Sabtu...selepas sahaja selesai di majlis perkahwinan di Muadzam,KBB telah mempelawa Geng Jempol Bikers untuk lepak2 di Keratong...Maka masing-masing pun bersetuju..Vrooom di Jalan Muadzan Keratong...
Lokasi yang dipilih adalah di Gopal Cafe...port tetap KBB..
Sambil menikmati Laicikang dan keropok lekor..masing-masing bersembang tentang kisah masing2 dan kadangkala diserikan dengan deraian ketawa mengenangkan kisah...
Bagi pihak KBB...diucapkan terimakasih kepada sahabat Jempol Bikers yang telah sudi untuk minum2 bersama KBB..semoga ianya akan dapat merapatkan hubungan sesama bikers yang berjiran ini...
Insyaallah di lain masa KBB akan turun pula ke Jempol sebagai membalas kunjungan ini..
Akhirkata...KBB merasakan konvoi ke Muadzam ini amat menggembirakan kerana dapat berkenal mesra sahabat2 bikers dari Segamat,Rompin dan Jempol...Hidup KBB...Vroooooooooooooooommmm


Konvoi ke Melaka ini adalah bagi mengiring Dato'Mohamad Sahfri selaku Timbalan Presiden MBFM yang mempunyai aturcara di sana..Berkumpul di lokasi yang ditetapkan untuk menanti ketibaan rakan dari Kuantan dan MuadzamShah..
Perjalanan berjalan lancar walaupun ada sedikit kerosakan kecil yang dapat diatasi dengan baik..Rehat sebentar di Pekan Gemencheh untuk mengisi perut ...2 perut;;;sendiri dan jentera...
Sampai di Holiday Inn dengan selamat...berehat sebentar sebelu keluar makan bersama geng Melaka Bikers DI KEDAI ASAM PEDAS..Terangkat....
Sebahagian ahli pulang ke lokasi dan ada yang bermalam....aLHAMDULILAH...AMAT MENYERONOKKAN dan terima kasih kepada Penasihat...Semoga program yang dihadiri akan dapat membuahkan hasil yang baik..bILALAGI nak mendengar deruman VRRRRROOOMMMMMMMMMM..



Sebagaimana yang telah dipersetujui...maka persiapan telah diatur dan dilaksana mengikut jadual...Program yang diatur adalah mengadakan jamuan keluarga...4 Dalam 1..
                    1,Perpindahan Zamir VN500 ke        Kuantan...
                    2.Pengantin baru CB400
                    3.Makan2 Bersama Family..
                    4.Pelancaran Keratongbigbikers
Walaupun cuaca yang pada awalnya tidak begitu mengizinkan sehinggakan Geng2 bikers dari Jempol Bikers berpatah balik akibat hujan lebat..namun alhamdulilah...program malam tersebut telah berjalan lancar...Menu istimewanya adalah BBQ ayam FJR1200,cencaru bakar VN...dan bihun goreng MAMARAZI....semuanya amat membuka selera..
Majlis pada malam itu turut dihadiri oleh OCS Balai POLIS BTAR,SJN Sulaiman Unit MPV...Tok 4 Bandar Tun Razak yang telah melancarkan Keratongbigbikers....Sahabat bikers daripada Muadzam dan KL juga turut sama memeriahkan majlis..
Terimakasih kepada semua bikers yang telah memberikan sumbangan...Terimakasih daun keladi...JASAMU DIKENANG..VROOOOMMMMM....