Syukur......Segala perancangan jadi kenyataan.....Konvoi ke Batu Pahat telah berjaya dilangsungkan...Pengantin bikers CB400 telah berjaya diijabkabul....Sebanyak 25 mesin jentera berkuasa tinggi telah mengikuti program kali ini....
Walaupun sedikit masalah kecil timbul yang melibatkan kerosakan mekanikal telah dapat diselesaikan dengan bantuan ahli yang mempunyai kemahiran...Sehingga selamat sampai ke rumah pengantin perempuan...Konvoi telah disambut dengan meriah...Hidangan nasi baryani BPyang lazat telah menyebebkan bikers menjamu selera dengan penuh semangat..
Setelah selesai sesi makan dan bergambar...konvoi telah bergerak menuju ke bandar Muar...Lokasinya adalah Tanjung Emas...Berehat seketika untuk melepaskan lelah...Konvoi juga telah menjadi perhatian pengunjung san orang ramai yang sedang berekeasi di situ...
Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Segamat...Masing-masing seronok layan koner di sepanjang jalan Tangkak menuju Segamat....Apapun aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan...
Konvoi yang amat menyeronkkan ini berakhir apabila selamat sampai semula ke Keratong tanpa sebarang masalah....ALHAMDULILAH...JUMPA LAGI DILAIN PROGRAM....





Petang tadi setelah mendapat panggilan...terus sahaja ke Gopal Cafe untuk bertemu rakan-rakan...Sesampai di lokasi beberapa rakan bikers telah pun menanti...Masing-masing sibuk bercerita tentang persiapan untuk berkonvoi ke BP bagi mengiringi pengantin baru...Saudara Noomie,salah seorang ahli kelab yang akan menamatkan zaman bujangnya...


Sebenarnya......rakan-rakan bikers lebih teruja untuk menanti kedatangan Saudara Zamir dan Rahim.....apabila terdengar deruman mesin vulcan.....semua mata tertumpu ke arahnya...Apa tidaknya......kedatangan mereka memang ditunggu...membawa baju kelab yang telah ditempah.sejak 2 minggu yang lalu...
Keadaan menjadi sibuk apabila masing-masing sibuk memilih dan mencuba baju dan seterusnya membuat pembayaran...Bergaya sakan dan kelihatan cantik sekali...hitam garang.....


Apabila Bro Taj mencelah....."Saya bagi pihak rakan-rakan ingin mengucapkan selamat ulangtahun yang ke........kepada Saudara Hasyim(Aping.....)"Semua sahabat mengambil kesempatan untuk memberikan ucap selamat kepada beliau....
Seterusnya perbincangan ringkas dibuat sebagai persiapan untuk program pada hari esok..

.SELAMAT BERSANDING...SELAMAT BERKONVOI DAN SELAMAT ULANGTAHUN..
































































Petang tadi...setelah mendapat pesanan ringkas daripada Setiausaha....maka rakan bikerz telah berkumpul di Tun Razak Bus Stand untuk menanti kehadiran rakan2 yang lain...Setelah semuanya sampai maka konvoi pun mula bergerak dalam program ziarah sahabat...

Sebenarnya...program yang dimaksudkan adalah ziarah sahabat iaitu saudara Shamsul....menantu kepada Tn.Hj Aspar yang telah mengalami kecederaan semasa menjalani latihan motocross.Beliau telah mengalami patah tulang bahu dan sedang mendapatkan rawatan....

Beliau yang kelihatan gembira dengan ziarah Keratong Big Bikers sempat menceritakan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku...

Sebelum pulang...Paparadzi Ana selaku Pengerusi telah mengucapkan salam ziarah dan semoga Shamsul cepat sembuh...

Program petang di sudahi dengan menikmati bihun sup di Man CD Cafe.....




























































Setelah sekian lama asyik dengan program sana-sini,perancangan telah dibuat untuk melepaskan tekanan....keluar mencari angin bersama rakan-rakan bikerz...Persetujuan telahpun dibuat untuk berkongvoi  jarak  dekat....KERATONG..MUADZAM SHAH...ROMPIN...
AIR PAPAN MERSING..
Keratong Big Bikerz telah membuat ketetapan akan bergerak dan berkumpul di Petronas PakLong..namun cabaran bermula apbila mesin Vulcan 1500cc AD mengalami masalah mekanikal...Alhamdulilah segalanya dapat diatasi dan konvoi mula bergerak ke Muadzam Shah untuk bertemu pula dengan rakan dari sana..
Konvoi mula bergerak ke Rompin pada jam 12.20 pagi dan sampai ke Pantai Hiburan Rompin..menikmati keindahan pantai dan tiupan angin...Makan keropok lekon dan nasi goreng kampung...sambil masing-masing bercerita tentang jentera masing-masing...Kemudian konvoi telah bergerak ke Air Papan Mersing..
Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan cuaca pun begitu elok..Apa yan menarik...ada sesetengah rakan bikerz termasuk aku membonceng orang rumah..begitu gembira dapat merasai nikmat menaiki jentera berkuasa tinggi..Semoga akan ada ramai lagi rakan baru dalam KERATONG BIG BIKERZ ini...

Ehsan dari gengsahabat.blogspot