Petang tadi...setelah mendapat pesanan ringkas daripada Setiausaha....maka rakan bikerz telah berkumpul di Tun Razak Bus Stand untuk menanti kehadiran rakan2 yang lain...Setelah semuanya sampai maka konvoi pun mula bergerak dalam program ziarah sahabat...

Sebenarnya...program yang dimaksudkan adalah ziarah sahabat iaitu saudara Shamsul....menantu kepada Tn.Hj Aspar yang telah mengalami kecederaan semasa menjalani latihan motocross.Beliau telah mengalami patah tulang bahu dan sedang mendapatkan rawatan....

Beliau yang kelihatan gembira dengan ziarah Keratong Big Bikers sempat menceritakan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku...

Sebelum pulang...Paparadzi Ana selaku Pengerusi telah mengucapkan salam ziarah dan semoga Shamsul cepat sembuh...

Program petang di sudahi dengan menikmati bihun sup di Man CD Cafe.....