Sebagaimana yang dirancang ...konvoi ini telah bermula di Rahin Cafe sebagai checkpoint pertama...Ketibaan rakan2 bikers ditunggu pada waktu yang dijanjikan...Kesudahannya 10 jentera berkuasa tinggi telah melaporkan diri...
Selain daripada sebagai memenuhi jadual program yang telah disusun...konvoi ini juga sebagai mentor kepada adik2 riders dari Gugusan Keratong yang terlebih dahulu berkonvoi ke sana...
Doa memulakan perjalanan dibacadan dipimpin oleh Tuan Presiden dan konvoi terus bergerak menuju ke PD..Sepanjang perjalanan cuaca begitu baik dan segalanya berjalan lancar walau ada sedikit masalah kecil yang dihadapi..
Konvoi disambut oleh marshall riders yang telah berkampung di PD dan ini sedikit sebanyak membantu rakan2 KERATONGBIGBIKERS....
Perjalanan pulang...singgah di Ulu Bendul untuk membasahkan tekak..Meneruskan perjalanan pulang dan sebuah jentera mengalami kerosakan dan terpaksa di muat dalam lori untuk dihantar ke bengkel..TQ..MR Sara...perjalanan ditamatkan dengan sesi makan malam di Benteng BTAR dan bersurai apabila selesai mengisi perut...vrrrooommmmmmmmmmmmmmmm...



Petang Sabtu...selepas sahaja selesai di majlis perkahwinan di Muadzam,KBB telah mempelawa Geng Jempol Bikers untuk lepak2 di Keratong...Maka masing-masing pun bersetuju..Vrooom di Jalan Muadzan Keratong...
Lokasi yang dipilih adalah di Gopal Cafe...port tetap KBB..
Sambil menikmati Laicikang dan keropok lekor..masing-masing bersembang tentang kisah masing2 dan kadangkala diserikan dengan deraian ketawa mengenangkan kisah...
Bagi pihak KBB...diucapkan terimakasih kepada sahabat Jempol Bikers yang telah sudi untuk minum2 bersama KBB..semoga ianya akan dapat merapatkan hubungan sesama bikers yang berjiran ini...
Insyaallah di lain masa KBB akan turun pula ke Jempol sebagai membalas kunjungan ini..
Akhirkata...KBB merasakan konvoi ke Muadzam ini amat menggembirakan kerana dapat berkenal mesra sahabat2 bikers dari Segamat,Rompin dan Jempol...Hidup KBB...Vroooooooooooooooommmm


Konvoi ke Melaka ini adalah bagi mengiring Dato'Mohamad Sahfri selaku Timbalan Presiden MBFM yang mempunyai aturcara di sana..Berkumpul di lokasi yang ditetapkan untuk menanti ketibaan rakan dari Kuantan dan MuadzamShah..
Perjalanan berjalan lancar walaupun ada sedikit kerosakan kecil yang dapat diatasi dengan baik..Rehat sebentar di Pekan Gemencheh untuk mengisi perut ...2 perut;;;sendiri dan jentera...
Sampai di Holiday Inn dengan selamat...berehat sebentar sebelu keluar makan bersama geng Melaka Bikers DI KEDAI ASAM PEDAS..Terangkat....
Sebahagian ahli pulang ke lokasi dan ada yang bermalam....aLHAMDULILAH...AMAT MENYERONOKKAN dan terima kasih kepada Penasihat...Semoga program yang dihadiri akan dapat membuahkan hasil yang baik..bILALAGI nak mendengar deruman VRRRRROOOMMMMMMMMMM..



Sebagaimana yang telah dipersetujui...maka persiapan telah diatur dan dilaksana mengikut jadual...Program yang diatur adalah mengadakan jamuan keluarga...4 Dalam 1..
                    1,Perpindahan Zamir VN500 ke        Kuantan...
                    2.Pengantin baru CB400
                    3.Makan2 Bersama Family..
                    4.Pelancaran Keratongbigbikers
Walaupun cuaca yang pada awalnya tidak begitu mengizinkan sehinggakan Geng2 bikers dari Jempol Bikers berpatah balik akibat hujan lebat..namun alhamdulilah...program malam tersebut telah berjalan lancar...Menu istimewanya adalah BBQ ayam FJR1200,cencaru bakar VN...dan bihun goreng MAMARAZI....semuanya amat membuka selera..
Majlis pada malam itu turut dihadiri oleh OCS Balai POLIS BTAR,SJN Sulaiman Unit MPV...Tok 4 Bandar Tun Razak yang telah melancarkan Keratongbigbikers....Sahabat bikers daripada Muadzam dan KL juga turut sama memeriahkan majlis..
Terimakasih kepada semua bikers yang telah memberikan sumbangan...Terimakasih daun keladi...JASAMU DIKENANG..VROOOOMMMMM....


Syukur......Segala perancangan jadi kenyataan.....Konvoi ke Batu Pahat telah berjaya dilangsungkan...Pengantin bikers CB400 telah berjaya diijabkabul....Sebanyak 25 mesin jentera berkuasa tinggi telah mengikuti program kali ini....
Walaupun sedikit masalah kecil timbul yang melibatkan kerosakan mekanikal telah dapat diselesaikan dengan bantuan ahli yang mempunyai kemahiran...Sehingga selamat sampai ke rumah pengantin perempuan...Konvoi telah disambut dengan meriah...Hidangan nasi baryani BPyang lazat telah menyebebkan bikers menjamu selera dengan penuh semangat..
Setelah selesai sesi makan dan bergambar...konvoi telah bergerak menuju ke bandar Muar...Lokasinya adalah Tanjung Emas...Berehat seketika untuk melepaskan lelah...Konvoi juga telah menjadi perhatian pengunjung san orang ramai yang sedang berekeasi di situ...
Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Segamat...Masing-masing seronok layan koner di sepanjang jalan Tangkak menuju Segamat....Apapun aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan...
Konvoi yang amat menyeronkkan ini berakhir apabila selamat sampai semula ke Keratong tanpa sebarang masalah....ALHAMDULILAH...JUMPA LAGI DILAIN PROGRAM....





Petang tadi setelah mendapat panggilan...terus sahaja ke Gopal Cafe untuk bertemu rakan-rakan...Sesampai di lokasi beberapa rakan bikers telah pun menanti...Masing-masing sibuk bercerita tentang persiapan untuk berkonvoi ke BP bagi mengiringi pengantin baru...Saudara Noomie,salah seorang ahli kelab yang akan menamatkan zaman bujangnya...


Sebenarnya......rakan-rakan bikers lebih teruja untuk menanti kedatangan Saudara Zamir dan Rahim.....apabila terdengar deruman mesin vulcan.....semua mata tertumpu ke arahnya...Apa tidaknya......kedatangan mereka memang ditunggu...membawa baju kelab yang telah ditempah.sejak 2 minggu yang lalu...
Keadaan menjadi sibuk apabila masing-masing sibuk memilih dan mencuba baju dan seterusnya membuat pembayaran...Bergaya sakan dan kelihatan cantik sekali...hitam garang.....


Apabila Bro Taj mencelah....."Saya bagi pihak rakan-rakan ingin mengucapkan selamat ulangtahun yang ke........kepada Saudara Hasyim(Aping.....)"Semua sahabat mengambil kesempatan untuk memberikan ucap selamat kepada beliau....
Seterusnya perbincangan ringkas dibuat sebagai persiapan untuk program pada hari esok..

.SELAMAT BERSANDING...SELAMAT BERKONVOI DAN SELAMAT ULANGTAHUN..
































































Petang tadi...setelah mendapat pesanan ringkas daripada Setiausaha....maka rakan bikerz telah berkumpul di Tun Razak Bus Stand untuk menanti kehadiran rakan2 yang lain...Setelah semuanya sampai maka konvoi pun mula bergerak dalam program ziarah sahabat...

Sebenarnya...program yang dimaksudkan adalah ziarah sahabat iaitu saudara Shamsul....menantu kepada Tn.Hj Aspar yang telah mengalami kecederaan semasa menjalani latihan motocross.Beliau telah mengalami patah tulang bahu dan sedang mendapatkan rawatan....

Beliau yang kelihatan gembira dengan ziarah Keratong Big Bikers sempat menceritakan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku...

Sebelum pulang...Paparadzi Ana selaku Pengerusi telah mengucapkan salam ziarah dan semoga Shamsul cepat sembuh...

Program petang di sudahi dengan menikmati bihun sup di Man CD Cafe.....




























































Setelah sekian lama asyik dengan program sana-sini,perancangan telah dibuat untuk melepaskan tekanan....keluar mencari angin bersama rakan-rakan bikerz...Persetujuan telahpun dibuat untuk berkongvoi  jarak  dekat....KERATONG..MUADZAM SHAH...ROMPIN...
AIR PAPAN MERSING..
Keratong Big Bikerz telah membuat ketetapan akan bergerak dan berkumpul di Petronas PakLong..namun cabaran bermula apbila mesin Vulcan 1500cc AD mengalami masalah mekanikal...Alhamdulilah segalanya dapat diatasi dan konvoi mula bergerak ke Muadzam Shah untuk bertemu pula dengan rakan dari sana..
Konvoi mula bergerak ke Rompin pada jam 12.20 pagi dan sampai ke Pantai Hiburan Rompin..menikmati keindahan pantai dan tiupan angin...Makan keropok lekon dan nasi goreng kampung...sambil masing-masing bercerita tentang jentera masing-masing...Kemudian konvoi telah bergerak ke Air Papan Mersing..
Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan cuaca pun begitu elok..Apa yan menarik...ada sesetengah rakan bikerz termasuk aku membonceng orang rumah..begitu gembira dapat merasai nikmat menaiki jentera berkuasa tinggi..Semoga akan ada ramai lagi rakan baru dalam KERATONG BIG BIKERZ ini...

Ehsan dari gengsahabat.blogspot