Showing posts with label aktiviti Bikers. Show all posts
Showing posts with label aktiviti Bikers. Show all posts





Petang tadi setelah mendapat panggilan...terus sahaja ke Gopal Cafe untuk bertemu rakan-rakan...Sesampai di lokasi beberapa rakan bikers telah pun menanti...Masing-masing sibuk bercerita tentang persiapan untuk berkonvoi ke BP bagi mengiringi pengantin baru...Saudara Noomie,salah seorang ahli kelab yang akan menamatkan zaman bujangnya...


Sebenarnya......rakan-rakan bikers lebih teruja untuk menanti kedatangan Saudara Zamir dan Rahim.....apabila terdengar deruman mesin vulcan.....semua mata tertumpu ke arahnya...Apa tidaknya......kedatangan mereka memang ditunggu...membawa baju kelab yang telah ditempah.sejak 2 minggu yang lalu...
Keadaan menjadi sibuk apabila masing-masing sibuk memilih dan mencuba baju dan seterusnya membuat pembayaran...Bergaya sakan dan kelihatan cantik sekali...hitam garang.....


Apabila Bro Taj mencelah....."Saya bagi pihak rakan-rakan ingin mengucapkan selamat ulangtahun yang ke........kepada Saudara Hasyim(Aping.....)"Semua sahabat mengambil kesempatan untuk memberikan ucap selamat kepada beliau....
Seterusnya perbincangan ringkas dibuat sebagai persiapan untuk program pada hari esok..

.SELAMAT BERSANDING...SELAMAT BERKONVOI DAN SELAMAT ULANGTAHUN..
































































Petang tadi...setelah mendapat pesanan ringkas daripada Setiausaha....maka rakan bikerz telah berkumpul di Tun Razak Bus Stand untuk menanti kehadiran rakan2 yang lain...Setelah semuanya sampai maka konvoi pun mula bergerak dalam program ziarah sahabat...

Sebenarnya...program yang dimaksudkan adalah ziarah sahabat iaitu saudara Shamsul....menantu kepada Tn.Hj Aspar yang telah mengalami kecederaan semasa menjalani latihan motocross.Beliau telah mengalami patah tulang bahu dan sedang mendapatkan rawatan....

Beliau yang kelihatan gembira dengan ziarah Keratong Big Bikers sempat menceritakan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku...

Sebelum pulang...Paparadzi Ana selaku Pengerusi telah mengucapkan salam ziarah dan semoga Shamsul cepat sembuh...

Program petang di sudahi dengan menikmati bihun sup di Man CD Cafe.....