Petang tadi...setelah mendapat pesanan ringkas daripada Setiausaha....maka rakan bikerz telah berkumpul di Tun Razak Bus Stand untuk menanti kehadiran rakan2 yang lain...Setelah semuanya sampai maka konvoi pun mula bergerak dalam program ziarah sahabat...

Sebenarnya...program yang dimaksudkan adalah ziarah sahabat iaitu saudara Shamsul....menantu kepada Tn.Hj Aspar yang telah mengalami kecederaan semasa menjalani latihan motocross.Beliau telah mengalami patah tulang bahu dan sedang mendapatkan rawatan....

Beliau yang kelihatan gembira dengan ziarah Keratong Big Bikers sempat menceritakan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku...

Sebelum pulang...Paparadzi Ana selaku Pengerusi telah mengucapkan salam ziarah dan semoga Shamsul cepat sembuh...

Program petang di sudahi dengan menikmati bihun sup di Man CD Cafe.....




























































Setelah sekian lama asyik dengan program sana-sini,perancangan telah dibuat untuk melepaskan tekanan....keluar mencari angin bersama rakan-rakan bikerz...Persetujuan telahpun dibuat untuk berkongvoi  jarak  dekat....KERATONG..MUADZAM SHAH...ROMPIN...
AIR PAPAN MERSING..
Keratong Big Bikerz telah membuat ketetapan akan bergerak dan berkumpul di Petronas PakLong..namun cabaran bermula apbila mesin Vulcan 1500cc AD mengalami masalah mekanikal...Alhamdulilah segalanya dapat diatasi dan konvoi mula bergerak ke Muadzam Shah untuk bertemu pula dengan rakan dari sana..
Konvoi mula bergerak ke Rompin pada jam 12.20 pagi dan sampai ke Pantai Hiburan Rompin..menikmati keindahan pantai dan tiupan angin...Makan keropok lekon dan nasi goreng kampung...sambil masing-masing bercerita tentang jentera masing-masing...Kemudian konvoi telah bergerak ke Air Papan Mersing..
Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan cuaca pun begitu elok..Apa yan menarik...ada sesetengah rakan bikerz termasuk aku membonceng orang rumah..begitu gembira dapat merasai nikmat menaiki jentera berkuasa tinggi..Semoga akan ada ramai lagi rakan baru dalam KERATONG BIG BIKERZ ini...

Ehsan dari gengsahabat.blogspot